Wednesday, 21 August 2013

Nukilanku ;)

Setelah lama hati ini terkunci,
Akhir nya terbuka kini,
Bukan untuk melanggar janji Ilahi,
Hanya sekadar untuk mengenali hati..

Jangan dikau tinggalkan aku sendiri,
Aku tidak ingin dikecewaka lagi,
Berikanlah kekuatan pada diri ini,
Untuk mempercayai dirimu sepenuh hati..

Tapi tatkala hati sudah terbuka kini,
Dikau tidak menerima ku lagi,
Bukan aku ingin bermain tarik tali,
Tapi dikau tidak memahami hati ini lagi.

Sakit pedih ini terpaksa ku tanggung sendiri,
Luka lama masih belum diubati lagi,
Ingatkan dikau boleh memberi kekuatan pada diri ini,
Tetapi  akhirnya dikau tinggalkan ku sendiri..

Kini,
Aku sudah berpegang pada janji,
Aku tidak mahu mengenali sesiapa lagi,
Menanti lamaran yg akan tiba suatu hari nanti,
Untuk meniti kebahagian disamping suami yg akan kekal abadi..

P/s : tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun mati :)

Monday, 19 August 2013

Janji Ilahi Itu Pasti








Tatkala hati lalai mengigati Ilahi,
Pelbagai ujian akan didatangi,
Barulah hati ini teringat akan Ilahi,
Bahawa Allah sentiasa disisi...

Berpegang janji pada Ilahi,
Agar diri dan hati ini sentiasa dilundingi,
supaya diri ini sentiasa diberkati,
Disamping keluarga yang disayangi ;)

Tuesday, 2 July 2013

Happiness







This is what people want from their marriage...

No need the perfect one, but need someone that can make me feel I'm the only one... :)

Monday, 1 July 2013

SAHABAT


Kawan karib atau dipanggil Bestfriend.. Apa yang korang faham tentang bestfriend ni?
Kawan ketika susah dan senang? (ayat biasa)...
Bagi saya maksud dia terlalu luas untuk diperkatakan..
Dulu saya x percaya la sangat psl bestfriend2 nie.. tapi setelah kawan dgn kawan2 medic sya ni terutama yg gambar kat atas ni baru la saya tahu apa maksudnye SAHABAT yg betul2 SAHABAT..
Hmm... nk ckp kitaorg x pnh gado? Selalu sgt gado tapi ketika x matang dulu, tapi sebenarnye bnde tu la yg membuatkan kitaorg rapat sebenarnye dan pk secara rasional... Dia terima perangai saya mcm mana dan saya pun terima perangai dia mcm mana. Lagi2 dua2 bongsu, hahaha.. paham2 je la kan anak bongsu ni mcm mna...
Ada ke kawan yg ketika korang sakit dia akan berada disisi korang je sentiasa jaga korang?
Ada ke kawan yg sentiasa je ada ketika korang rasa sedih yg teramat dan gembira teramat?
Ada ke kawan yg family dia pun layan korang baik maksudnye kalo family dia peg mana2 mesti ajak korang jugak?
Ada ke kawan yang sayang keluarga kita jugak mcm mana dia sayang keluarga dia?
Ada ke kawan yang berani tego korang ketika korang salah?
Ada ke kawan yang rajin tolong kemaskan barang korang? (saya bukan x rajin, tp kawan saya ni terlebih rajin.. hehehe.. sbb die ske mengemas and saya suka basuh bju n lipat bju.. hehe)
Ada ke kawan yang sama2 sanggup nak berubah ke jalan ALLAH?
YE... saya ADA!!! sebab itu saya sayang dia dan keluarga dia..

Saya ada kawan yang ketika salah satu diantara kitaorg sakit kitaorg akan sama2 jaga (p/s : saya penah masuk hospital dan dia sanggup teman saya dan emak sya kat hospital tu)..

Saya ada kawan ketika sya sedih dia akan menenangkan saya, dan ketika gembira dia sama2 akan kongsi kegembiraan itu...

Saya ada kawan yang family dia pun layan saya mcm keluarga mereka juga.. x penah tingglkan saya...

Saya ada kawan yang syang kan keluarga saya mcm mana dia sayangkan keluarga dia.. lagi2 mak sya.. die selalu ambik berat tntg mak saya..

Saya ada kawan, ketika saya salah die akan menegur kesalahan saya untuk perbetulkan keadaan..

Saya ada kawan yang rajin kemas bilik and tempat saya beljar.. hehe..

Saya ada kawan yang sama2 nk berubah ke jalan yg lebih baik.. alhamdulillah..

Saya bersyukur sangat2 Allah kurniakan dia sebagai sahabat saya.. kerana bila saya kenal dia baru la saya tahu apa erti kesyukuran yang allah telah berikan pada kita iaitu keluarga kita dan rezeki yang kita ada dan plg penting USAHA dan redha..

Semoga kita kawan hingga ke syurga awak dan persahabatan kita persahabatan secara islam.. AMINN

Thesis


Seriusly, ambk research ni asyk mengadap laptop je.. Mcm kartun kat atas ni.. Alahai..
Skrg asyk stay up nk kena siapkan thesis..
Seriusly sgt sibuk!! Ingt dpt la cuti before masuk klinikal tp x langsung.. huhu..
Even before nk masuk klinikal pun kena g conference..
Insyaallah Allah permudahkan segalanya..
Segala kesusahan akan mendapat ganjaran dgn berkat kesabaran dan usaha..
AMINN.. Doakan kami ye kawan2.. :)

MAMA




Hati mana yang tidak merindu,
Pabila teringat kepada ibu tercinta,
Ingin ku kucup dahi ibu ku,
Melepaskan rindu tidak terkata..

Mama,
Hanya engkaulah pengubat segala duka ku,
Sekadar melihat senyumanmu,
Hatiku meloncat gembira sentiasa,
Berasa selamat disisimu selamanya..

Mama,
Tiada siapa yang dapat menjadi ratu dihatiku,
Hanya dikau seorang permaisuriku,
Ingin ku jagamu sehingga hujung nyawaku,
Untuk membalas jasamu kepada ku..

Mama,
Akan ku pegang amanah dari Tercipta,
Akan ku ukirkan senyuman dibibirmu sentiasa,
Agar dikau gembira sehingga hujung nyawa,
Berada disampingku untuk selamanya..

Sunday, 30 June 2013

Being Me Conference


Alhamdulillah semalam dapat menghadirkan diri di event ini walaupun x sampai malam..
Athierah la yang semangat ajak saya and Tajul teman dia peg event nie.. Mula2 macam takut gak x dapat pergi memandangkan jadual kami sangat sibuk.. tapi bile try tgk sape speaker die kitaorg cuba cari masa jugak peg event ni.. dan akhirnya SANGAT BERBALOI! :)

Topik yang paling best skali bagi saya adalah ONE WOMAN, DIFFERENT HATS... speaker dia sangat kelakar dan menyeronokan.. x penjam mata bila dgr talk dia and rasa seronok.. Actually sya nak share apa yang sya dapat kat talk die ni..

Kite sebagai wanita ni mmg byk jugak tanggungjawab.. tanggungjawab sebagai anak, pelajar, isteri, ibu dan sebagai wanita berkerjaya..

(i) Anak/Pelajar
Berbuat baik la kepada Ibu Bapa anda.. Sebenarnya sya selalu dgr mak saya cakap 'Macam Mana kita layan Ibu Bapa kita, macam tu juga la anak2 kita akan layan kita.. Rupanya mmg ternyata betul.. Speaker tu pun cakap bnde yang sama ' How good you to your parents, your children also will be good to you'... Insyaallah... Jangan Lah biar kan setitis air mata ibu kita mengalir disebab kan kita.. Kalo sedih sebab gembira x pe, jangan sedih sebab berkecil hati dgn anda.. kalo bnde berlaku siap sedia la pintu neraka akan terbuka untuk sesiapa yang membuat ibu bapa mereka bersedih kerana diri mereka.. Astaghfirullah.. Harap2 kita semua jauh la ye daripada perkara ini..

Sebagai seorang pelajar pula, focus on your study.. Pegang amanah ibu bapa awak.. Semua ibu bapa nk tengok kejayaan anak die kan? Jangan sibuk nk bercinta.. Insyaallah seseorang lelaki akan mengetuk umah anda, untuk menjadi kan anda bunga ditaman dia bagi melengkapi kehidupannya.. wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. Insyaallah.. :)



(ii) Isteri
Part ni paling best sebenarnye and sangat kelakar time dgr speaker tu bercerita.. Jadi lah teman setia suamimu.. Speker ni sebenarnye lelaki.. mesti la dia cakap tentang apa yang lelaki nak kan? Dia cakap perkara yang paling penting lelaki nak ni adalah HORMAT.. Dia pun ada cerita juga ramai wanita yang berada di neraka adalah disebabkan dua kategori ini :-
- Isteri yang bercakap kasar kepada suami nye
- Isteri yang menafikan perkara baik yang sisuami telah berikan kepada nya..

Kawan2.. Ingatlah dua perkara ni ye, ni pun sebagai peringatan diri saya juga.. Lepas tu dia kata, cari apa yang suami kita suka.. kalo dia suka bola, kita pun buat2 la suka bola (walaupun membosankan.. Haha).. Jadilah kawan baik suami anda, supaya dia x rasa bosan nk balik umah.. Yang paling kelakar tapi benar adalah jadikan suami anda tu FIRST BABY anda... maksudnye disini, walaupun kita dah anak, jangan ketepikan suami because his you first child.. hehe.. COMEL..



(iii) Ibu
This thing is the most difficult job in the world.. Respect semua ibu yang berada diluar sana.. Sebelum nak jadi seorang ibu pun kita kena tahu bagai mana cara untuk membesarkan anak.. terutama kita ni yang Islam kena la tahu cara mcm mana kita nk besarkan anak2 mengikut cara Islam supaya anak2 kita x jauh daripada agama dia satu hari nnt... Paling penting adalah cari masa untuk meluangkan masa untuk anak2 anda tapi jangan lupa....your FIRST BABY td tau.. hehe.. try buat jadual untuk luangkan masa dgn anak2 anda...



Tu je yang sempat sya salin.. sebab masa die sangat suntuk.. untuk summarize speaker tu ada cakap ingat this thing

My Time - maksudnye masa untuk anda sendiri mcam waktu bekerja.. so mana2 isteri yg sibuk tu si suami kena la paham isteri dia ye..

Your Time - maksudnye masa untuk si suami pula.. Kenalah bergilir2 juga dgn si suami untuk menjaga anak ke apa.. janji kita hormat masa die dan kerjaya die ye..

Our Time - maksudnye cari la masa untuk si suami dan isteri untuk berdating tanpa anak2.. kalo blh seminggu sekali.. kalo blh time dating ni borak2 tentang masa2 indah ketika dahulu :)

Family Time - ni la masa untuk family... masa kite bersama dgn anak2..



Saturday, 29 June 2013

Doa Seorang Suami


Doa ni kuar kat home FB sya..
Just in love dgn doa ini..
Harap Allah pertemukan jodoh sebegini.. AMINN..

"Ya Allah,
disaat aku jauh dengan istriku..
jagalah hati ini agar aku tetap setia untk cintanya yg tulus..
Jagalah pandangan ini,
agar tetap indah utk melihat keagungan cinta-Mu dlm hatinya...
Hindarkan hasrat rasa yg selalu menjerat insan lain dlm mencintaiku,
aku enggan utk melukai hatinya..
krn aku hanya ingin isteriku yg tetap mencintaiku tanpa ada insan lain.
”Jika mmg bunga dlm halaman rumah sendiri itu,
lebih indah dlm halaman rumah insan lain...
Aku harap itu ujian-Mu dan jauh dari bisikan syaitan,
agar aku tetap memperindah bungaku dengan ktulusan utk memperindahnya dlm kasihku.”
Semoga dlm menjaga pandangan dan ketulusan utk menyayangi isteriku..
tiada insan lain yg mengharapkan cintaku utk mencintainya.”
Amin Ya Rabb. [♥]

Thursday, 27 June 2013

Nota Hati




Bukan tidak mahu menyambut cinta,
Tetapi ingin mengejar cita-cita,
Supaya dua hati tidak dilukai,
Agar kita tidak merana nanti..

Marilah kita tunaikan tanggungjwab kita,
Dengan memegang amanah ibu bapa,
Untuk menjadi insan yang berguna,
Dan membalas jasa mereka..

Bersama-sama kita berdoa untuk perhubungan kita,
Agar tuhan menyatukan hati kita,
Dengan berkat restu ibu bpa,
Semoga hubungan kita sah selama-lamanya..

Janganlah kita ikutkan hati,
Semoga kita tidak binasa nanti,
Percayalah tentang takdir Ilahi,
Insyaallah kita ada jodoh nanti..

Utamakan cinta pada Ilahi,
Supaya hidup sentiasa diberkati,
Disamping keluarga yang disayangi,
Hingga kita ke syurga nanti..

MEREKA :)




Dari kiri : Saya, Tajul, Athierah, Nasreen, Am, Ekin, Bedah, Intan (Not in this picture Fadiah)

Sudah tiga tahun bersama mereka,
Suka duka kita kongsi bersama,
Tanpa kamu semua hatiku diam tanpa kata,
Tiada siapa yang dapat ganti mereka semua..

Tajul 'Atiqah sahabatku selamanya,
Penyeri dan tempat untukku bergaduh sentiasa,
Aku berharap persahabatan ini hingga ke syurga,
Semoga Allah makbulkan doa ku selamanya..

Athierah Muhammad macam nyah orangnya,
Tapi dialah sahabat yang aku suka bergurau senda,
Harap2 jodoh dia dah I**M akan kekal selamanya,
Jangan lupa jemput peminatmu yang setia.. ^_^

Nasreen Mohsin pelbagai ceritanya,
Drama Queen adalah panggilan untuk dirinya,
Tapi hati dia sebenarnya sangat mulia,
Kerna dia sayang sangat sahabatnya.. (especially KAMILAH).. hehe

Amrina ni tegas sebenarnya orangnya,
Tapi dgn dia la blh cool sentiasa,
Myvi Oren x kan ku lupa,
Nnt bawak la sya jalan2 laginya :)

Hashekin Mohtar pendiam mula2,
Bila dah kenal ha.. keluar loghat dia,
Sentiasa jamu kami dgn buah2an dari rumah dia,
Hmm.. Lps ni x merasa la lg sya.. (Huhuhu)

Bedah ni kelakar sungguh orangnya,
Dia la penyeri rumah kami senantiasa,
Nak tahu sebab apa??
Sebab suara dia la!!! (U guys should hear when she shout.. hehe)

Fadiah ni korea je kejanya,
Lepas ni x de sapela sya nak ganggu,
Jangan nk usha orang je nye keja,
Kalo ada gosip panas bagi la tahu..

RINDU DIAORG Lepas ni!!!! Hope our frienship will be forever n ever!!! MUAXXX


Sunrise






Hello!!.. I'm a new blogger here :)

Kenapa saya pilih 'Sunrise'..
Because I just love it with the name...
Bila dengar nama ni mesti terbayang seorang yang dilahirkan bagai mentari yang menyinar kan bumi..
Tanpa matahari gelap la bumi..
Tanpa bulan pun gelap la jugak bumi kan?
So matahari dan bulan perlukan sesama sendiri untuk melengkapkan kehidupan dibumi ini..

Insyaallah, next post will coming later..