Thursday, 27 June 2013

Nota Hati




Bukan tidak mahu menyambut cinta,
Tetapi ingin mengejar cita-cita,
Supaya dua hati tidak dilukai,
Agar kita tidak merana nanti..

Marilah kita tunaikan tanggungjwab kita,
Dengan memegang amanah ibu bapa,
Untuk menjadi insan yang berguna,
Dan membalas jasa mereka..

Bersama-sama kita berdoa untuk perhubungan kita,
Agar tuhan menyatukan hati kita,
Dengan berkat restu ibu bpa,
Semoga hubungan kita sah selama-lamanya..

Janganlah kita ikutkan hati,
Semoga kita tidak binasa nanti,
Percayalah tentang takdir Ilahi,
Insyaallah kita ada jodoh nanti..

Utamakan cinta pada Ilahi,
Supaya hidup sentiasa diberkati,
Disamping keluarga yang disayangi,
Hingga kita ke syurga nanti..

No comments:

Post a Comment